tamancikgufilza4

4.07.2006

Sifat Positif & Negatif

Sila berikan senarai untuk perkara di atas ini. Hantarkan sumbangan kamu dengan menekan butang komen. Jangan lupa untuk menulis nama kamu ya.

1.19.2006

Mengupas Jendela Bahasa 4E

Wahai pelajarku sekalian. Berjumpa lagi ya kita tahun ini. Mungkin ada yang mengeluh, ada yang menyumpah tetapi saya berharap ramai antara kamu yang ghairah untuk teruskan perjuangan pada tahun ini.
Sesi perbincangan dan melaksanakan tugasan sudah hampir tamat. Selesainya sesi pembentangan kelak, saya akan lampirkan semua soalan rekaan kamu di blog ini supaya kamu dapat mencubanya pada masa terluang.
Saya juga berharap, memandangkan kesibukan jadual masing-masing, saya tidak dapat membuka kelas tambahan untuk melengkapkan 5YS ( Siri Lima Tahun ). Dari itu, saya amat berharap setiap pelajar di kelas saya dapat menghabiskannya di rumah pada hujung bulan ini. Tiba sahaja bulan Februari, kita akan giat membuat latihan-latihan ala 'O' di kelas ( format baru ). Dari itu, untuk kebaikan dan manfaat kamu, buat dan habiskanlah 5YS itu. Ingat, tiada siapa yang akan rugi, tetapi kamu. Bersusah-susah dahulu bersenang-senanglah kemudian.